Khamis, 8 September 2011

postheadericon Selamat Hari Raya



Selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini.., tak kira yang sengaja atau tersengaja singgah ke blog yang tak seberapa ini.. Walaupun dah hampir lebih seminggu kita meraikannya, tapi hari ni baru berkesempatan nak buat entry raya... Tahun ni kami beraya di rantauan lagi..Insya Allah tahun depan nak balik kampung..(sob..sob..). Tengok kat atas tu ada 2 kad raya ..satu tu pakai baju warna hijau ala2 hijau PETRONAS, dan satu lagi warna dark purple. Sebenarnya plan nak buat tema warna dark purple, alih2 jadi hijau Petronas.. Semuanya sebab beli baju last minute..esok nak raya hari ni baru beli..So yang warna purple tu Insya Allah jika panjang umur akan ditunda ke tahun hadapan... Ala, buat apa nak cerita pasal baju raya lagi kan, apa yang penting... kerjasama.... (tiba2 je ayat wonderpet keluar..sorry!)

Ok, di sini ada beberapa tips untuk mengelakkan pembaziran di hari raya:
  1. Kalau semperit tak ada cekodok pun boleh dijadikan kuih raya.. Tak perlu nak 10 jenis bagai...cukup 1 jenis  je..cuma cekodok tu buat lain2 warna..baru nampak macam banyak jenis. Pastu letakla kat lain2 balang ikut warna cekodok.
  2. Untuk bebudak yang buat rombongan beraya ke rumah kita pula bolehla bagi sampul raya di dalam sampul. Camana tu, fening ke memikirkannya? Tak payang fening2.. kan sekarang ni banyak sangat sampul duit raya yang ada not2 tu, bagi la sampul yang bernot RM50, pastu letak kat dalam sampul lain elok2..Tak ke teruja diorang  ingatkan ada duit RM50 dalam tu? hehe...
  3. Baju raya tahun lepas boleh dimodified buat fesyen baru.. Contohnya baju kurung warna kelabu tahun 2010 dicantumkan dengan baju kurung hijau tahun 2009. Baju raya 2011 jadi warna hijau + kelabu, ambik baju warna kelabu dan kain warna hijau ataupun sebaliknya. Bagi yang badan mudah kembang-kempis, digalakkan pakai karung guni saja...
  4. Last sekali bawa anak ramai-ramai beraya, bawa anak jiran, anak buah dan anak ketua kampung sekali...pastu paw duit raya diorg..hehe..sorry cara ni zalim sikit. (salah satu cara cover balik belanja raya).
Sekian saja tips hari ini.. :)

Contoh baju raya gabungan 2 tahun berbeza..dah macam baju sekolah lak nengoknya..sanggup ke korang pakai? Cekodok pula nampak terlebih pewarna..hehe...(Sorry, lukisan hudoh)



1 komen terbaik:

Comel Design berkata...

cekodok?

Nak join Churp-Churp? Klik Sini!!!


Klik-klik!

Kalendar

Cuteki

Follow Me

Tanya Khabar

Pelawat Tersohor

Jumlah Paparan Halaman