Rabu, 28 September 2011

postheadericon Pertandingan Hias Blog/Web Utusan Online



Pertandingan Menghias Laman Web/Blog sempena Kempen Sayangi 1 Malaysia dan Kibarkan Jalur Gemilang 2011.


Malam tadi bukan main lagi duk touch-up blog ini kononnya nak masuk pertandingan hias blog anjuran utusan online... tapi tak sedar rupa-rupanya dah lama tarikh tutup (18/sept).. macam mana boleh tak perasan, hehehe.. So tak sempat la nak mempertandingkan blog itu..huhu.Tapi, kalau dah rezeki tu tak kemana, sebelum tu memang dah ada hantar satu blog untuk dipertandingkan. Kira blog yang baru buat ni sebagai back up jer la.. ;)

Alhamdulillah, tak sangka blog satu lagi (kepunyaan suami) telah berjaya memenangi hadiah utama dalam kategori web/blog dalam kempen Sayangi 1 Malaysia dan Kibarkan Jalur Gemilang 2011 (anjuran Utusan Online). Blog ini saya design menggunakan gambar kanak-kanak yang mengibarkan jalur gemilang. Kesemua photo untuk design adalah milik sendiri. Untuk berita lanjut boleh baca kat sini... 



 Inilah blog yang berjaya mendapat tempat pertama itu...


... dan ini pula blog yang tak sempat masuk..hehehe..
Apa-apapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Utusan Online kerana menganjurkan kempen sebegini. Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi, Insya Allah jangan putus asa dan moga murah rezeki anda semua... :)

*
*

Babai...


Jumaat, 23 September 2011

postheadericon Photometic: Wajah cantik hanya dalam 10 minit?


Wah.. Nampak macam best jer tajuk entry kali ni. Apa rahsianya? Buat plastic surgery ke? takla..hehe just guna photometic untuk cantikkan gambar kita.. Mana2 yang berjerawat batu, yang berjeragat, nampak kusam dan nampak macam hantu seperti gambar kat atas ni bolehla kita edit untuk kelihatan lebih comel menggunakan Photoshop

 Inilah hasilnya:

Contoh 1:


Contoh 2:


Gambar kat atas ni adalah antara gambar yang dah diedit dan belum edit, boleh tengok perbezaannya. Time rajin2 tu bolehla nak edit2 camni, tapi bila kemalasan melanda jangan harapla, lantak pi la muka cam mana pun tetap nak tempek jugak kat fesbuk..hehe. Gambar-gambar ni search dari Google memandangkan gambar sendiri  semuanya berwajah mulus (oh, terperasan pulak, walau dah ada kedut seribu).. Harap maaf pada tuan gambar, sebab mengedit tanpa kebenaran..tak silap yang bertudung tu dari site Indon.

Pada sesiapa yang nak cantikkan gambar bolehla emailkan saya gambar. Nanti bila rajin mendatang, akan ku edit gambar-gambarmu..cheewah..macam menyanyi pula..mentang2 anak2 dah tido..bolehla berblog dengan aman..hehe. 



 *********


Sekian saja untuk hari ini.. Makcik Kiah dengar khabarnya nak pergi bercuti dulu lepas balik outstation , so takde tips lagi dari Makcik Kiah. Mungkin lepas raya Haji baru dia balik.. ;)

Babai....



postheadericon Freebies: Doodle sedih and more...


Semperna bithday my first kids pada 20 September yang lepas, tiba-tiba rasa nak bagi freebies kat semua pelawat blog ni.. terutamanya kat penggemar lukisan doodles. Walaupun tak comey sangat tapi tak kisahla..janji happy..hehe.. :)



Ini adalah antara lukisan doodles yang terawal pernah dilukis, nampak agak kaku..huhu. Doodles sedih ni korang boleh buat apa2 saja, boleh guna sebagai header kat blog, atau nak simpan dalam lemari pun boleh..hehe. Anda  boleh pilih mana2 tiga atau ambik semua..hehe..satu tu ada background, dan dua lagi takde background, dan satu darinya tak ada thought balloon.. 

Doodles kat atas ni adalah doodles muslimah pertama yang saya lukis, ada 6 warna semuanya, boleh pilih mana2 satu atau ambik kesemuanya pun boleh.




....dan ini adalah lukisan vector yang tak berapa menjadi..suka lukis potrrait camni tapi nak mewarnanya cukup tak gemar, terutamanya bab detail and stroke..memang tak berbakat..huhu..Boleh pilih yang ada background dan tidak  ada background. Korang boleh guna untuk buat apa2 saja, asalkan jangan makan sudah... Nanti tak pasal2 kena jumpa dr.T.

** Peringatan, kredit tidak diperlukan kalau korang nak guna untuk hias blog atau apa saja kegunaan menggunakan doodles ini, cuma kalau ada orang lain bertanya mana dapat doodles2 ni harap boleh link balik kat blog ni ya... :)


*******

Sekian, terima kasih..diharap singgah lagi..dan jika anda suka kat doodles2 ni diharap like entry ni atau beri komen sepatah dua kata..Adooii..skemanya ayat..hehe.

********

Makcik kiah masih outstation, so takde tips hari ni.. Babai.




Jumaat, 16 September 2011

postheadericon Hari Malaysia

Selamat hari Malaysia dan hari merdeka..

Apakah yang sedang anda buat pada hari ini? Adakah ini salah satu aktiviti anda hari ini? Sila komen jika ya.. Sekian terima kasih... Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti.. :)

Tips hari ini:

Makcik Kiah masih outstation, harap maaf, tak ada tips lagi untuk hari ini.. :(


Khamis, 15 September 2011

postheadericon Tempahan Kad


Masa bulan puasa hari tu, tiba-tiba time rajin pun datang.. bukannya rajin apa..setakat rajin nak melukis tu yang datang.. pastu adalah beberapa org kawan membuat tempahan kad raya.. semuanya free aje, setakat 2-3 orang, malas nak charge...:) suka2 aje...hehe

Tempahan kad dari Mas


Tempahan dari Zura (oren), dan untuk diri sendiri (purple)



Tips hari ini:
&*&&*%%%&&& (hari ni tak ada tips sebab Makcik Kiah sebelah rumah outstation, dia lupa nak bagi tips..huhu..;) ~ alasan..)

Rabu, 14 September 2011

postheadericon Adakah anda rakyat Malaysia sejati?



Antara mereka yang dah join kuiz ni..


Kat atas ni adalah antara soalan dalam kuiz ni. Soalannya sangat mudah dan sempoi. Korang semua gerenti boleh jawab. Selamat mencuba.

Jom join contest ni kat SINI


Khamis, 8 September 2011

postheadericon Selamat Hari Raya



Selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini.., tak kira yang sengaja atau tersengaja singgah ke blog yang tak seberapa ini.. Walaupun dah hampir lebih seminggu kita meraikannya, tapi hari ni baru berkesempatan nak buat entry raya... Tahun ni kami beraya di rantauan lagi..Insya Allah tahun depan nak balik kampung..(sob..sob..). Tengok kat atas tu ada 2 kad raya ..satu tu pakai baju warna hijau ala2 hijau PETRONAS, dan satu lagi warna dark purple. Sebenarnya plan nak buat tema warna dark purple, alih2 jadi hijau Petronas.. Semuanya sebab beli baju last minute..esok nak raya hari ni baru beli..So yang warna purple tu Insya Allah jika panjang umur akan ditunda ke tahun hadapan... Ala, buat apa nak cerita pasal baju raya lagi kan, apa yang penting... kerjasama.... (tiba2 je ayat wonderpet keluar..sorry!)

Ok, di sini ada beberapa tips untuk mengelakkan pembaziran di hari raya:
  1. Kalau semperit tak ada cekodok pun boleh dijadikan kuih raya.. Tak perlu nak 10 jenis bagai...cukup 1 jenis  je..cuma cekodok tu buat lain2 warna..baru nampak macam banyak jenis. Pastu letakla kat lain2 balang ikut warna cekodok.
  2. Untuk bebudak yang buat rombongan beraya ke rumah kita pula bolehla bagi sampul raya di dalam sampul. Camana tu, fening ke memikirkannya? Tak payang fening2.. kan sekarang ni banyak sangat sampul duit raya yang ada not2 tu, bagi la sampul yang bernot RM50, pastu letak kat dalam sampul lain elok2..Tak ke teruja diorang  ingatkan ada duit RM50 dalam tu? hehe...
  3. Baju raya tahun lepas boleh dimodified buat fesyen baru.. Contohnya baju kurung warna kelabu tahun 2010 dicantumkan dengan baju kurung hijau tahun 2009. Baju raya 2011 jadi warna hijau + kelabu, ambik baju warna kelabu dan kain warna hijau ataupun sebaliknya. Bagi yang badan mudah kembang-kempis, digalakkan pakai karung guni saja...
  4. Last sekali bawa anak ramai-ramai beraya, bawa anak jiran, anak buah dan anak ketua kampung sekali...pastu paw duit raya diorg..hehe..sorry cara ni zalim sikit. (salah satu cara cover balik belanja raya).
Sekian saja tips hari ini.. :)

Contoh baju raya gabungan 2 tahun berbeza..dah macam baju sekolah lak nengoknya..sanggup ke korang pakai? Cekodok pula nampak terlebih pewarna..hehe...(Sorry, lukisan hudoh)



Rabu, 7 September 2011

postheadericon Rutin

Ini adalah edisi malas nak menaip...tapi tips tetap ada;;

Tips hari ini:
Cara mudah membuat kerja rumah.
  1. Bermonolog sendiri sehingga keluar power yang membolehkan anda membuat kerja secepat kilat..Ni lebih pada khayalan sikit..he..he..
  2. Kerah anak2 tolong sama kemas rumah..nak kena ajar diorang ni sebab punca rumah bersepah disebabkan diorang jugak.
  3. Memasak sambil ber'facebook'. Amat mudah bila kawan2 dalam facebook tolong sama memasak dengan kita, ada yang tolong hiris bawang, masak nasi  dan juga lauk-pauk.. Tolong - menolong amalan mulia...:)
  4. Tidur dengan nyeyaknya dan bermimpi semua kerja sudah BERES.. hahaha..

Nak join Churp-Churp? Klik Sini!!!


Klik-klik!

Kalendar

Cuteki

Follow Me

Tanya Khabar

Pelawat Tersohor

Jumlah Paparan Halaman